Friday, 14 November 2014

Tentang kami

Wisma Shuang hor
Pejabat Shuang hor

 



Shuang Hor Enterprise (M) Sdn Bhd


Alamat: No.54, Jalan Tago 2, Taman Perindustrian Tago, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: (603) 6275 8818
Faks: (603) 6276 6822


Dengan bermatlamat menuju ke arah globalisasi, Kumpulan Shuang Hor telah mendirikan cawangan seberang laut yang pertama pada 16hb Ogos 1988, iaitu Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd.. Bidang jualan langsung telah berkembang dengan pesat di Malaysia. Sejak penubuhan Shuang Hor di Malaysia, prestasinya mencapai perkembangan yang stabil pada setiap tahun.
Bersesuaian dengan perkembangan pelan perniagaan, Wisma Shuang Hor yang terletak di Sri Damansara, Kuala Lumpur telah dibeli dan mula digunakan pada 15hb Oktober 2007. Bangunan yang tersergam megah ini terletak di atas tanah seluas 60,000m². Terdapat sebuah dewan perhimpunan bertaraf antarabangsa yang dapat memuatkan 500 orang, beberapa buah bilik seminar dan sebuah bilik multimedia untuk memberi kemudahan kepada para pengedar. Ini juga dapat membentuk asas kukuh Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. supaya menjadi pusat perkembangan syarikat di Asia Tenggara.
Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan bidang jualan langsung dan melaksanakan Akta Jualan Langsung pada tahun 1993. Matlamatnya ialah membentuk satu ruang perkembangan yang sihat dalam bidang jualan langsung, juga untuk mempertingkatkan imej baik para pengusaha jualan langsung. Sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang penting dalam negara, Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. berpegang teguh kepada prinsip pengurusan yang jujur dan ikhlas. Di samping mematuhi akta berkenaan dengan sepenuhnya, produk-produk yang berkualiti dan beraneka ragam juga dihasilkan untuk memanfaatkan rakyat Malaysia.
Shuang Hor Enterprise (M) Sdn. Bhd. telah menjadi pusat untuk memperkembangkan pasaran secara gigih ke Asia Tenggara. Pasaran Shuang Hor telah berkembang ke Singapura (2002), Brunei (2004) , Indonesia (2005) dan Myanmar (2011). Pasaran yang berkembang luas telah membawa peluang perniagaan yang tidak terbatas kepada para pengedar.

No comments:

Post a Comment