Sunday, 30 November 2014

Ceo cafe' (4 in 1)







Kandungan Utama: Biji kopi yang bergred tinggi, krim bukan tenusu berlemak rendah dan Yung Kien Ganoderma.
Keistimewaan:
  • Dihasilkan daripada biji kopi yang bergred tinggi, juga ditambah Yung Kien Ganoderma, menggabungkan rasa pahit Lingzhi dengan kopi untuk menghasilkan rasa yang istimewa.
  • Menggunakan krim bukan tenusu berlemak rendah yang diekstrak daripada minyak kelapa (bersifat tumbuh-tumbuhan), tidak mengandungi trans-asid lemak.
  • Tidak mengandungi bahan pewangi dan pengawet. Rasanya enak dan harum.
  • Perisa bergula.

  1. Apakah Kafein?
    Jawapan: Terdapat banyak sebatian bio-aktif di dalam kopi seperti kafein, theine, and methyl theobromine, kafein adalah paling biasa disebut kerana ia terdapat dalam daun teh, coklat dan minuman cola. Kafein ialah sejenis agen rangsangan yang bersifat lembut terhadap sistem saraf tengah, selepas dihadam dan diserap oleh badan, ia akan dihantar ke bahagian otak melalui peredaran darah, seterusnya mempengaruhi aktiviti saraf. Kafein boleh merangsang saraf simpatetik, meningkatkan semangat dan menjelaskan pemikiran, menghilangkan kelesuan dan rasa mengantuk serta meredakan sakit kepala. Selain itu, kafein juga dapat mempercepatkan peredaran darah, memanaskan badan, menyihatkan buah pinggang serta merangsang rembesan cecair gastrik. Oleh itu, pengambilan kafein dalam kuantiti yang sederhana adalah baik untuk kesihatan.
  2. Bagaimanakah Trans-asid lemak mempengaruhi kesihatan seseorang?
    Jawapan: Para pengusaha menggunakan proses “hydrogenation” untuk mengubah struktur molekul lemak supaya minyak tumbuh-tumbuhan tahan suhu yang tinggi, tidak mudah rosak dan lebih tahan lama. Akibatnya Trans-asid lemak yang memudaratkan kesihatan terhasil. Trans-asid lemak akan tinggal di dalam badan dan tidak mudah diuraikan. Pengambilan untuk jangka masa panjang boleh mengakibatkan sakit jantung koronari arteri dan penyakit pembuluh darah hati kerana kolesterol yang “buruk” boleh meningkat dan mengurangkan kolesterol yang “baik”.
  3. Minum kopi boleh menyebabkan sakit jantung?
    Jawapan: Ramai orang sangka bahawa minum kopi boleh mengakibatkan sakit jantung, sebenarnya tidak! Menurut banyak laporan kajian, kafein tiada kaitan dengan sakit jantung. Sebaliknya pengambilan kafein dalam kuantiti yang sederhana dapat mempertingkatkan fungsi jantung, memperkembangkan pembuluh darah untuk membantu peredaran darah. Sebenarnya ada banyak sebab seseorang itu menghidap sakit jantung koronari arteri seperti mengamalkan cara hidup yang tidak sihat, kuat minum, ketagihan merokok, tidak bersenam dan lain-lain. Oleh itu, sekiranya minum kopi dalam kuantiti yang sederhana, bahan anti-oksidan di dalam kopi adalah baik untuk kesihatan.
  4. Adakah minum kopi boleh menyebabkan Osteoporosis?
    Jawapan: Tiada bukti yang menunjukkan minum kopi boleh menyebabkan Osteoporosis. Namun setiap orang mesti menyerap Kalsium yang cukup untuk mengekalkan keseimbangan khasiat, mengamalkan cara hidup yang sihat, menjalani senaman dan mengambil Jia Hor Calcium Plus Tablets untuk mengelakkan masalah kehilangan kalsium.


No comments:

Post a Comment