Kandungan: Aloe Vera , Ekstrak Mentimun, Ekstrak Alga Merah, Ramuan pemuliharaan istimewa dan Vitamin B5.
Keistimewaan:
- Aloe vera, Ekstrak mentimun: menjaga kesihatan kulit kepala, memberi lembapan yang optimum kepada rambut supaya rambut cukup lembapan dan tidak menjadi kering atau pecah.
- Ekstrak alga merah: Mempunyai ciri pelembapan yang kuat, dapat mencegah rambut daripada menjadi kering atau pecah; menambahkan lembapan dan volum rambut, menambahkan kelembutan serta membantu memulihara tekstur rambut yang rosak.
- Ramuan pemuliharaan istimewa: Dapat membentuk satu lapisan pelindung antistatik selepas rambut dicuci untuk mencegah rambut daripada pecah atau putus.
- Vitamin B5: Dapat menyuburkan rambut, menjadikannya lembut, licin, sihat dan berseri.
Sesuai untuk semua jenis rambut.
Letakkan sejumlah syampu secukupnya di tapak tangan, tambahkan air untuk menaikkan buih kemudian sapu pada rambut yang basah. Urut secara lembut selama 3 -5 minit kemudian bilas sehingga bersih. Untuk mencapai kesan pembersihan yang maksimum, cucilah sebanyak dua kali; untuk cucian kali kedua, sila tunggu beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
No comments:
Post a Comment